sebulan sebum pemergian beliau ke Rahmatullah, beliau sering memperingatkan kepada kami Bahawa DAKWAH ADALAH MAKSUD MATI. Sangat2 mendalam maskud ungkapan tersebut.
Beliau juga bermimpi searing syura di Kelantan iaitu Ust Hassan, iaitu kawan Seperjuangan beliau. Beliau bermimpi Ust Hassan ini memeluk beliau dgn erat sekali. Kemudian beliau terus menziarahi Ust Hassan Dan menceritakan mimpi beliau tersebut.
Di Ijtima' Tonggi baru-baru ini 2011, beliau berazam untuk keluar paling kurang 10 hari selepas hari ijtima'. Namun, Allah lebih menyangi beliau. Tepat beliau berusia 63 tahun, semasa Ijtima' tersebut, ketika dingin-dingin angin sejuk sedang solah tahajud, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir. Beliau sempat melafazkan dengan sepenuh hati kalimah LAILAHAILALLAH sebanyak 3 Kali sebelum menghembuskan nafas yang terakhir beliau. Beliau pergi dalam keadaan yang senyum Dan sangat tenang.
No comments:
Post a Comment